Seketul hamburger
Dia punya impian yg besar. Bercita-cita tinggi. Dia nak buat semua benda yg ada dlm dunia ni. Dia nak pegang banyak watak dan karakter. Dia boleh buat kerja yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan. Dia selalu nak dilihat kuat. Orang seperti dia selalu dipandang kuat. Walaupun hakikatnya tidak. Dia kuat jiwa tapi fizikalnya dia memang lemah. Dia nak selalu dilihat boleh. Susah nak kata tak boleh. Tak boleh pun, dibolehkan. Seorang pendendam tapi tak simpan dendam. Bergantung pd situasi. Dia seorang yg akan ingat perkataan buruk yg pernah dilemparkan pada dia walaupun perkara tu lebih 10 tahun. Dia ingat. Dia tak pernah lupa ayat ayat power yg buat dia bersedih hati. Dia tak berdendam tapi dia cuma ingat je.
Dia tak pandai nak tunjuk kesedihan dan kesakitan. Kesedihan dia muncul apabila dia bersendirian. Ketika dikelilingi ramai dia berubah. Sebab? Sebab dia kuat.
Penghapus kejanggalan. Dia selalu nak hilangkan rasa janggal dengan bercakap banyak. Tiba2 jadi talkative. Kadang kadang benda tak penting pun dia bertanya. Dia menjaga hati pihak sana. Tapi dia teringin nak jadi pendiam. Impian lama yang tak menjadi.
Dia mudah sayangkan seseorang yang berbuat baik dengan dia. Dia sanggup lakukan apa saja. Sangat peka dengan perangai seseorang yg baru muncul dlm hidup dia (kawan baru). Dia akan dekat dengan orang kalau orang tu selesa dan gembira untuk dibuat kawan. Dia akan terus menjauhi kalau seseorang tu bukan jenis kawan yg digemari dan patut dijauhi. Seorang fatin boleh jadi kawan yg jahat bila dia tak berkenan atau hint yg diberi tak disambut dengan baik. Lebih baik seorang fatin menjauhi orang itu daripada mulut ini terus bercakap yg tidak elok. Berdosa. Jadi baiklah dengan fatin kerana Allah jadi dia akan berbaik dengan orang itu 2x ganda baik. Tapi awas jangan berpura pura baik atau ambik kesempatan. Fatin is a good detector. Beware.
Degil. Sangat degil. Kalau dia mahukan A, jadi dia mahu. Takde sapa boleh halang keinginan dan kehendak dia. Tapi kedegilan dia masih boleh dipertimbangkan kalau kesan dia melibatkan hal dan orang lain.
Gila. Dia dilahirkan normal tapi dia punya perangai gila yang lain dari orang kebanyakan. Siapa faham and kenal akan faham kegilaan seorang fatin. Dia boleh jadi lebih gila bila dia stress and in pressure. Serius. Fikiran dia boleh jadi di luar kotak.
Dia paling tak suka dengan orang yg jenis macam 'kau boleh buat orang tapi bila kena pd kau tahu pulak marah'. Sebab seorang fatin sejenis yg macam bila kau buat org macam tu, dia akan balas balik. Biar reflect and fairlah. Aku sakit hati kau buat aku, biar kau rasa apa aku rasa. Biasa my words jela. Tak pernah pulak bila orang tu tepuk or tumbuk aku, aku balas balik. Sebab aku tahu sakit. Seorang fatin dia tak suka benda tu jadi dia tak buat kat orang. Kau tahu benda tu annoying pastu kau buat kt orang. Rasa apa? Best ke?
Kasar dan ketawa terbahak. Teruk sebenarnya perangai aku ni. Takde yg elok pun sebenarnya. Tak boleh nak describelah. Kadang2 boleh jadi perempuan. Kadang2 boleh jadi lelaki. Kadang2 pon boleh jadi
Mak aihh banyak pulak nyamuk malam ni. Nasiblah ada nyamuk. Kalau tak, mahu 2 hari lg aku sambung menaip. Tak payah susah2 buat biografi dah ni. Sajalah test buat karangan. Nak show off dulu BM aku A. Kahkahkah. Plus dulu aku berminat nak jadi penulis. Tapi tak kesampaian bila aku sedar amalan membaca aku semakin tipis bila berganjak usia ni. Tak rancak macam dulu zaman sekolah. Aku mengarang panjang panjang ni macamlah ada yg berminat nak tahu and baca. Entah entah ada yg baca post ni sambil angkat tangan ke atas and mulut menjuih tanda menyampah. Okaylah esok aku ada date. Kena tido dl kalau taknak eyebag semakin menebal. Torok bonar dah eyebag ni. Tak boleh nak buat apa dah. Cantik sikit ja dari zombie. Okaylah nunight everyone. Assalamualaikum. Annyeong!
Dari semalam aku teringat si dobot erina ni.
Rindu nak jadi acah2 mak tak cukup tido sebab anak merengek tengah malam, buat susu anddd sebab anak tido lasak mengalahkan mak. Risau nak oii takut tergolek.
Paling rindu nak basuh iyak dia. Sebab masa mandi dia salu panggil aku mama.
Nak mengadu sejuklah tu.
Rindu.


No comments:
Post a Comment