Thursday, August 25, 2016

Perancangan Tuhan.

Lamanya aku simpan post ni. Cerita separuh jalan harini kasi perabihlah cerita. Tak payah simpan. Sambil nak tenang dan sejukkan hati ni. Bila kau dh yakin dengan diri baru kau post. Yela, faham. Sebelum nii hati dan perasaan meronta. Kaukan budak jiwa kacau paten. 


Delayed post (20/7/2016)

Harini tiba2 rasa nak share satu kisah waktu menunaikan umrah bersama keluarga tahun lepas. Baca boleh percaya jangan ya. Kesahihan cerita ni Allah saja yang tahu. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya. Tapi aku jadikan perkara yg berlaku itu sebagai satu cerita biasa, Aku anggap Allah sedang menguji aku.


Sewaktu di Mekah sedang melakukan umrah, selain mendoakan utk keluarga, kawan2, dan dipermudahkan segala urusan, biasalah akan terselit jugaklah doa sampingan lain2. Dengan tujuan Allah makbulkan dan permudahkan. Sedang aku berdoa, ya Allah kurniakan aku pasangan yg baik, yg taat dengan perintahMu and blablabla. Satu wajah ni muncul direct terus ketika sedang berdoa. Aku tertanya tanya kenapa muka dia yang muncul dalam doa ni. Di hadapan Kaabah. Kenapa tak muka orang yg pernah aku crush bertahun tahun? Setia lama, simpan perasaan nii sampailah moved on. Ya, aku dah moved on tapi tetaplah berdoa untuk fasa yg seterusnya. Dengan siapa, bila tu yg masih menjadi rahsia Allah. Pertanyaan aku terhenti di situ. Aku lupa. 


Selepas selesai umrah di Mekah, gerak ke Madinah. Masuk ke dalam masjid Nabawi takkan terlepas untuk nak masuk ke makam Rasulullah dan taman syurga, Raudhah. Punya hal tujuan yang sama. Taman syurga, Raudhah tempat mustajab doa kalau diizinkan Allah. Dan sekali lg aku berpusu pusu berebut masuk ke dalam Raudhah. Dan punya tujuan yang masih sama di Mekah. Tak terlepas untuk berdoa sampingan jugak. Dan sekali lagi muka dia muncul. Hati aku berdebar. Allah, aku masih tertanya, Pertanyaan aku sama. Kenapa muka dia? We've been friend for a long time ago. Selama aku berkawan dengan dia tidak pernah sekali pun menyimpan perasaan. Tidak lebih dari kawan. Tak pernah anggap lebih. Tak pernah bayang untuk menjadi lebih dari seorang kawan. Tak pernah.


Sampai Malaysia selepas selesai umrah buat aku terus lupa pasal doa tu. Aku memang tak ingat apa. Langsung tak fikir dah. Aku anggap itu permainan dan ujian Allah buat aku. Entah macam mana back closed to him after bertahun tak jumpa and lepak. Buat aku teringat balik kisah doa yang aku dah lupa. Buat aku terfikir balik. Is this what has been wrote by Allah in luh mahfuz? Adakah bakal menjadi realiti. I dont know the real feeling of mine. Sometime i got confused. Really. Sometime i got the feeling and sometimes not. Pelik. Pelik dengan diri sendiri. Aku dah berada di tahap paling selesa bila dengan dia. Kau dengan dia share semua benda. Kau rasa? 


Pelik dengan kisah perasaan dan doa sendiri terjadi 2 bulan lepas. Dalam doa aku sebutkan nama dia. Dan kalau bukan dia yg terbaik untuk aku maka gantikan dia untuk aku dengan pasangam yang baik. Aku redha. Ya aku redha. Itulah doa aku untuk 2 bulan yg lepas. Sekarang aku yakin. We'll stay be friends. Macam kisah dongeng cerita kali ni. Macam tak real. Sudahlah bermimpi tu paten. Fokus satu satu. Biar capai semua impian. Bukak luas luas mata tu. 

Tak bestlah cerita pasal ni. Kita cerita pasal lainlah. Pasal makan2. Bangkitkan balik semangat aku yg dah lama hilang kerana ikutkan sangat perasaan gila ni. Poodahh. Geli geleman pulak rasanya. Puihh.
Okaylah harini lunch aku masak ikan masak asam and sotong goreng celup tepung. Okaylah umi bg arahan aku follow je dr mula sampai habis. Tak surelah semua orang menambah nasi ker tak tadi. Tp kata umi sedap. Well, ni patenlah. Bakal juara Masterchef Malaysia. Bhahahaha. 



Pinjam quotes nak bebel walaupon bukanlah membebel
hari2 pun. Kadang2 je.
Annyeong!

No comments:

Post a Comment