Saturday, December 26, 2015

Hantu dan Misteri. Wujud ke?

Tiba-tiba hari ni nak cerita pasal hantu. Aku sangatlah suka dengar and tengok cerita hantu dannn akulah orang yang paling kuat menjerit bila ada scenes yang menyeramkan. Bila malam tiba, akulah orang yang terakhir tidur atas sebab terbayangkan hantu ada dekat pintu, celah tingkap dan sebagainya. Lol. Waktu aku studied dekat Poli, aku antara orang yang selalu ada bila pelajar terkena histeria. And fyi, aku pernah ikut ceramah pasal berubat Islam daripada Ustaz Syarhan. Since aku dah tahu teknik nak keluarkan jin dalam badan, pernahlah aku berjaya buat dekat seorang pelajar yang terkena histeria masa sem 1. Sem 1 hingga 2 aku tak ketinggalan nak membantu mereka yang terkena histeria. Ada tu pelajar dirasuk satu hari means malam tu dirasuk lps isyak esok petang lps asar barulah jin keluar dari badan pelajar dan tulah kes rasuk yang paling lama aku tolong.Berbirat merah tangan ni dicengkam pelajar tu. Ingatkan jin dah keluar rupanya tak. Hampeh punya jin. Penipu. Entah macam mana aku punya kekuatan nak menghadapi pelajar histeria. Masa tulah. Sekarang ni tak lagi dah. Malah aku rasa aku dah lemah semangat. Tak boleh dengar orang histeria aku mula nak layan dan aku hampir terkena histeria.


Kisah 1
Kisah semester 3 di Poli masih segar diingatan, The worst semester bila hampir setiap minggu aku sakit, demam menggigil tak boleh bangun. Berubat sana sini sampai hujung semester. Semenjak dari tu aku dah tak berani nk tolong kalau ada pelajar terkena histeria. Diri sendiri tak kuat bila satu malam jam 2 pagi masih sibuk dengan assignment dan roomates dah tidur. Aku ke bilik kawan di sebelah dan berbual sebelum masuk tidur. Entah macam mana boleh terbuka kisah hantu. Aku menggigil dan kepala aku ketika itu terletak antara dua dunia. Sama ada realiti dan fantasi. Aku ingatkan diri sendiri dan mulut tak berhenti membaca ayat kursi, Menggigil seluruh badan dan aku lihat bendalah tu ada di mana-mana. Mulut tak berhenti ucap ya Allah, ya Allah. Malam tu, kawan bilik seblah temankan aku tidur since semua roomates aku dah tidur. Satu malam tak boleh tidur. Tak boleh lelap mata. Kata orang yang mengubat aku, kejadian berlaku kat aku kerana bunian. Bunian marahkan aku. Aku ingat, ketika perjalanan ke masjid waktu maghrib aku lalu di tengah tasik dan terdengar ada bunyi kuat jatuh ke dalam tasik. Aku syak aku terlanggar bunian. Manalah aku nak nampak, dah kalu nampak bukan langgar tapi memang pecutlah cerita dia. Boleh fikir logik, ye dak? Memang tempat pengajian Diploma tempat perkampungan bunian. So, no doubtlah kan. Aku yang tak percaya benda2 ni bila dah berlaku dekat diri sendiri barulah percaya.

Kisah 2
Kejadian berlaku semester 3 juga di waktu Maghrib ketika mahu mengambil wuduk nak bersiap ada replacement class malam tu. Ketika itu, keadaan block asrama gelap suis lampu koridor ditutup sebab giliran semua pelajar block turun solat berjemaah di masjid. Aku ke tandas mengambil wuduk dan selesai wuduk berjalan ke bilik aku terdengar suara merdu humming dari arah mana aku tak pasti. Berderau darah aku. Langkah aku terhenti dan aku mengamati suara tu dan yakin suara tu bukan suara pelajar sini. Suaranya persis wanita yang lewat umur. Merdu tiada lirik hanya humming. Kaki aku laju melangkah ke bilik kawan tidak ke bilik aku sebab aku tahu keadaan bilik aku yang agak 'keras' dan ketika itu cuma aku seorang sahaja yang ada. Teman bilik yang lain bukan sekelas dengan aku semua di masjid. Aku rasa korang dah boleh agak suara siapa maghrib tu. Waktu malam kita adalah waktu pagi mereka. Konpem lah si bun tu menyanyi girang sambil main buih. Lol jugak.

Sebenarnya banyak kisah misteri yang aku sendiri alami. Baik berlaku di rumah atau di luar rumah. Antara paling misteri yang aku ingat kejadian lewat malam di tol Karak. Yang itu memang tak boleh lupa macam mana keadaan menatang tu. Dulu, aku berani nak berhadapan dengan benda macam ni. Tapi, sekarang kekuatan hilang dengan sendirinya. Sebab terlalu banyak yang aku dah lihat, maka ramai jugalah ustaz yang umi panggil nak tutup hijab mata aku ni. Alhamdulillah, dah lama tak nampak benda tu baik yang bungkus penuh atau yang berambut panjang. Merasa jugalah aku berhadapan dengan makhluk halus dan orang yang terkena histeria. Korang ada? Lol.

Haihhla, gara-gara crews ARI Nasi Kukus harini demam menggigil nampak hantu semalam, turut membawa aku terjebak nak bercerita kisah pengalaman misteri sendiri. Haihhlaaa, sorang2 kat hall bawah ni rasanya tak enak. Mula2 menulis tadi meja penuh dengan umi, abah and adik lelaki. Habis menulis baru sedar sorang2 kat bawah, Terkejut menjerit dengan umi turun dari atas, Kan dah kena setepek marah dengan umi. Haha. Aku memang mudah terperanjat sekarang ni. Tak pastilah berangan ker atau berhati-hati kerana rasa diri ni diperhatikan. Aku kurangkan takut korang dengan lagu Hindustan favourite dari filem lakonan Aamir Khan. Pengubat kecewa weh Dilwale tiket sold out. Dah lama rasanya hantu hindustan ni tak layan filem Hindustan. Sobbss. Dah, sambung study atyn! Anyeong, irrebeun! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment