Monday, August 29, 2016

Terapi Jiwa

Last Saturday I went to Shah Alam. Unbelievable went there alone just to meet my sotong. Since haritu dia dah datang rumah aku and aku sendiri dah janji nak pergi rumah dia maka aku beranikan diri walaupon sesat jugaklah sebab masuk salah lorong. Orang berbudi kita berbahasa. Actually terpegun dengan dia punya effort nak datang Sepang haritu. I promised her to stay at her home. Tak dapat pelepasan jadi berjumpalah satu hari je. Kami tak berdua tapi bertiga. Alhamdulillah, happy. Hilang stress walaupon tak banyak masa.


 Aku ajak nana n nanie pergi House of cat, Shah Alam.
RM5 je entrance fee yang penting boleh pegang and dukung kucing2 dalam tu.
Bayar mahal2 tapi tak boleh pegang tak boleh itu ini. 
Rugi.

Tengoklah tu debab bambam semua.
Aku penakut kucing mencuba untuk menyayangi kucing.
Besar pahalanya kan?
Bolehlah buat saham akhirat.
Ni ada kesan cakaran sikit kat tangan masa kt HOC.
 Bukti aku dpn Allah nanti. Boleh? 


Kemain kusyuk 3 ekor kucing ni.
Entah apa yg dicari pon taktahu.
Suka sangat dengan beg aku yg bercorak peta dunia ni.
Cari jalan keluar nak balik negara sendiri ke tu?




Entrance and exit laluan House of cat.
Service tiptop tu yg pecah kepala kejap.
Sangat berbaloi baloi kalau bawak budak kecik.
Thanks to staff HOC ambilkan gambar kami.
Masa kitaorg datang tu memang tak ada orang. 
So, tak pasal2 HOC jadi macam rumah sendiri.
Maaf banyak2 kalau bising. Hahaha


And then pergi lunch dekat Nasi ayam Mas Mono. Aku order pecal lele penyet. Sedap! Sebab dia hidang masakan tu panas2. Mas, kalau ditambah cabai untuk sambel tu pasti lagi enak. Nggak cukup pedas deh. Kahkahkah. Pisang goreng cheese dia pon sedap. Marvellous! Tapi lagi sedap kalau letak pisang lebih lagi. Tak puas boh. Kahkahkah. Dah kenyangkan, exercise jalan sekejap tengok butik2 kat sana. Sempatlah nanie melontar kat Zawara butik. Aku? Aku buka slot 'mari bercerita bersama dengan nana' sementara nanie tengah memilih menyoping. And sempat pulak pergi laman seni shah alam. Alaaa area situ jugak. Tak zangkaaaaa dekat2 situ jugak. So takde lah rugi bila aku ajak depa pergi HOC. 


Lepas selesai melontar and solat, depa bawak aku pergi Taman Tasik Shah Alam. Tadi dah buka slot bersama dengan nana. Ni bukak lagi slot bercerita bersama nana n nanie. Dah macam kembar pulak nama nak dekat2 diorang ni. Seronok. Bila kadang2 bercerita itu ini. Apa yg kau bukukan selama ni kau luahkan. Rasa ringan kejap. Kejaplah. Tak lama mana pon.

Dah dekat maghrib jugaklah baru aku bertolak. Alhamdulillah tak sesat and tak salah masuk lorong dah nak balik Sepang. Less than an hour ja pon Sepang - Shah Alam. Jadi bolehlah bila2 lagi kita date. 


Sebelum keluar dari kereta nanie. Wefie satu kali.
Ada budak tu sedih sebab nak kena berpisah. 
Sedihlah tu tak dapat nak menyotong lama lagi. Hahaha.
Dia dah excited bgtahu parents aku nak datang rumah tido sana.
Tapi tak dapat. Sorry. 



Thanks Na. Kau selalu ada bila aku rasa down gila.
Aku dah lama tak ditarbiyah.
Kadang aku dh penat jadi positif. Kadang macam nak menyerong jadi negatif.
Tapi kau selamatkan aku. Kau sedarkan aku, rahmat yg bakal diperoleh untuk orang yang bersabar.
Aku bacalah caption kau dlm ig semalam. Saja taknak comment and like. Sebab i'am so touched!
Macam sedih je caption kau semalam. Thanks share doa semalam.
And good luck utk 'yang tu' 
Macam biasalah always pray for your best. Just follow the flow okeng and keep pray.


Yang nie namanya nanie. Nanie ni schoolmate menengah nana. Kitorang baru jumpa dua kali
tapi memasing kecoh gelak besar masuk air 
masuk kepala macam dah lama kenal. Kalau nana tak bawak nanie 
datang rumah haritu mungkin kita tak kenal. Ramaikan kawan apa salahnya.
Yg dah kenal lama belum tentu baik and boleh stay dengan kita.
Kawan biar beribu, berkasih biar satu.
Thanks sebab bawak nana datang Sepang haritu. 
Good luck to both of us. Good luck bakal cikgu muzik!
Semoga kita dapat berjumpa lagi.
Sama2 bersabar dan bertabah menempuh kehidupan seorang pelajar.


Thanks korang berdua. Bawak jalan2. Siap tanya aku nak pergi mana. Kalau aku jawab nak pergi jauhh. Jauh dari orang2 mcm ni boleh ke bawak? Jadi jawab lah taknak pergi mana2. Nak spend time je. Taknak banyak. Itu je. Jaga diri baik2. Semoga dalam jagaan Allah selalu. Annyeong!







Saturday, August 27, 2016

Seorang Fatin.




Seketul hamburger 



Aku sedang belajar untuk menghargai. Aku tengah belajar. Supaya nanti aku tak menyesal di kemudian hari. Perlahan melangkah. Langkahan aku berat sebab aku sedang menjadi orang lain. Kalau inilah yang memuaskan hati orang, aku mengalah. Aku sedang belajar benda baru dlm hidup aku. Seorang fatin memang tak pernah berhenti berfikir. Hal remeh temeh pon masih sibuk nak berfikir. Dia punya perasaan yg keras dlm diri tp dia seorang yg cepat berlembut hati. Cepat marah, cepat sejuk. Cuba belajar untuk faham. Jangan hanya nampak sinar orang lain. Seorang fatin juga punya sinaran kilau yg disembunyikan. Dia lebih suka kalau orang lihat secara natural. Dia tak suka nak tayang kerja baik yg dia buat. Dia bermulut laser tp hati dia tak pernah mengiyakan apa yg keluar dari mulutnya.

Dia punya impian yg besar. Bercita-cita tinggi. Dia nak buat semua benda yg ada dlm dunia ni. Dia nak pegang banyak watak dan karakter. Dia boleh buat kerja yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan. Dia selalu nak dilihat kuat. Orang seperti dia selalu dipandang kuat. Walaupun hakikatnya tidak. Dia kuat jiwa tapi fizikalnya dia memang lemah. Dia nak selalu dilihat boleh. Susah nak kata tak boleh. Tak boleh pun, dibolehkan. Seorang pendendam tapi tak simpan dendam. Bergantung pd situasi. Dia seorang yg akan ingat perkataan buruk yg pernah dilemparkan pada dia walaupun perkara tu lebih 10 tahun. Dia ingat. Dia tak pernah lupa ayat ayat power yg buat dia bersedih hati. Dia tak berdendam tapi dia cuma ingat je.


Dia tak pandai nak tunjuk kesedihan dan kesakitan. Kesedihan dia muncul apabila dia bersendirian. Ketika dikelilingi ramai dia berubah. Sebab? Sebab dia kuat.


Penghapus kejanggalan. Dia selalu nak hilangkan rasa janggal dengan bercakap banyak. Tiba2 jadi talkative. Kadang kadang benda tak penting pun dia bertanya. Dia menjaga hati pihak sana. Tapi dia teringin nak jadi pendiam. Impian lama yang tak menjadi.



Dia mudah sayangkan seseorang yang berbuat baik dengan dia. Dia sanggup lakukan apa saja. Sangat peka dengan perangai seseorang yg baru muncul dlm hidup dia (kawan baru). Dia akan dekat dengan orang kalau orang tu selesa dan gembira untuk dibuat kawan. Dia akan terus menjauhi kalau seseorang tu bukan jenis kawan yg digemari dan patut dijauhi. Seorang fatin boleh jadi kawan yg jahat bila dia tak berkenan atau hint yg diberi tak disambut dengan baik. Lebih baik seorang fatin menjauhi orang itu daripada mulut ini terus bercakap yg tidak elok. Berdosa. Jadi baiklah dengan fatin kerana Allah jadi dia akan berbaik dengan orang itu 2x ganda baik. Tapi awas jangan berpura pura baik atau ambik kesempatan. Fatin is a good detector. Beware.


Degil. Sangat degil. Kalau dia mahukan A, jadi dia mahu. Takde sapa boleh halang keinginan dan kehendak dia. Tapi kedegilan dia masih boleh dipertimbangkan kalau kesan dia melibatkan hal dan orang lain.


Gila. Dia dilahirkan normal tapi dia punya perangai gila yang lain dari orang kebanyakan. Siapa faham and kenal akan faham kegilaan seorang fatin. Dia boleh jadi lebih gila bila dia stress and in pressure. Serius. Fikiran dia boleh jadi di luar kotak.


Dia paling tak suka dengan orang yg jenis macam 'kau boleh buat orang tapi bila kena pd kau tahu pulak marah'. Sebab seorang fatin sejenis yg macam bila kau buat org macam tu, dia akan balas balik. Biar reflect and fairlah. Aku sakit hati kau buat aku, biar kau rasa apa aku rasa. Biasa my words jela. Tak pernah pulak bila orang tu tepuk or tumbuk aku, aku balas balik. Sebab aku tahu sakit. Seorang fatin dia tak suka benda tu jadi dia tak buat kat orang. Kau tahu benda tu annoying pastu kau buat kt orang. Rasa apa? Best ke?


Kasar dan ketawa terbahak. Teruk sebenarnya perangai aku ni. Takde yg elok pun sebenarnya. Tak boleh nak describelah. Kadang2 boleh jadi perempuan. Kadang2 boleh jadi lelaki. Kadang2 pon boleh jadi pondan. Pfffftttt.



Mak aihh banyak pulak nyamuk malam ni. Nasiblah ada nyamuk. Kalau tak, mahu 2 hari lg aku sambung menaip. Tak payah susah2 buat biografi dah ni. Sajalah test buat karangan. Nak show off dulu BM aku A. Kahkahkah. Plus dulu aku berminat nak jadi penulis. Tapi tak kesampaian bila aku sedar amalan membaca aku semakin tipis bila berganjak usia ni. Tak rancak macam dulu zaman sekolah. Aku mengarang panjang panjang ni macamlah ada yg berminat nak tahu and baca. Entah entah ada yg baca post ni sambil angkat tangan ke atas and mulut menjuih tanda menyampah. Okaylah esok aku ada date. Kena tido dl kalau taknak eyebag semakin menebal. Torok bonar dah eyebag ni. Tak boleh nak buat apa dah. Cantik sikit ja dari zombie. Okaylah nunight everyone. Assalamualaikum. Annyeong!





Dari semalam aku teringat si dobot erina ni.
Rindu nak jadi acah2 mak tak cukup tido sebab anak merengek tengah malam, buat susu anddd sebab anak tido lasak mengalahkan mak. Risau nak oii takut tergolek.
Paling rindu nak basuh iyak dia. Sebab masa mandi dia salu panggil aku mama. 
Nak mengadu sejuklah tu. 



Rindu.











Thursday, August 25, 2016

Perancangan Tuhan.

Lamanya aku simpan post ni. Cerita separuh jalan harini kasi perabihlah cerita. Tak payah simpan. Sambil nak tenang dan sejukkan hati ni. Bila kau dh yakin dengan diri baru kau post. Yela, faham. Sebelum nii hati dan perasaan meronta. Kaukan budak jiwa kacau paten. 


Delayed post (20/7/2016)

Harini tiba2 rasa nak share satu kisah waktu menunaikan umrah bersama keluarga tahun lepas. Baca boleh percaya jangan ya. Kesahihan cerita ni Allah saja yang tahu. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya. Tapi aku jadikan perkara yg berlaku itu sebagai satu cerita biasa, Aku anggap Allah sedang menguji aku.


Sewaktu di Mekah sedang melakukan umrah, selain mendoakan utk keluarga, kawan2, dan dipermudahkan segala urusan, biasalah akan terselit jugaklah doa sampingan lain2. Dengan tujuan Allah makbulkan dan permudahkan. Sedang aku berdoa, ya Allah kurniakan aku pasangan yg baik, yg taat dengan perintahMu and blablabla. Satu wajah ni muncul direct terus ketika sedang berdoa. Aku tertanya tanya kenapa muka dia yang muncul dalam doa ni. Di hadapan Kaabah. Kenapa tak muka orang yg pernah aku crush bertahun tahun? Setia lama, simpan perasaan nii sampailah moved on. Ya, aku dah moved on tapi tetaplah berdoa untuk fasa yg seterusnya. Dengan siapa, bila tu yg masih menjadi rahsia Allah. Pertanyaan aku terhenti di situ. Aku lupa. 


Selepas selesai umrah di Mekah, gerak ke Madinah. Masuk ke dalam masjid Nabawi takkan terlepas untuk nak masuk ke makam Rasulullah dan taman syurga, Raudhah. Punya hal tujuan yang sama. Taman syurga, Raudhah tempat mustajab doa kalau diizinkan Allah. Dan sekali lg aku berpusu pusu berebut masuk ke dalam Raudhah. Dan punya tujuan yang masih sama di Mekah. Tak terlepas untuk berdoa sampingan jugak. Dan sekali lagi muka dia muncul. Hati aku berdebar. Allah, aku masih tertanya, Pertanyaan aku sama. Kenapa muka dia? We've been friend for a long time ago. Selama aku berkawan dengan dia tidak pernah sekali pun menyimpan perasaan. Tidak lebih dari kawan. Tak pernah anggap lebih. Tak pernah bayang untuk menjadi lebih dari seorang kawan. Tak pernah.


Sampai Malaysia selepas selesai umrah buat aku terus lupa pasal doa tu. Aku memang tak ingat apa. Langsung tak fikir dah. Aku anggap itu permainan dan ujian Allah buat aku. Entah macam mana back closed to him after bertahun tak jumpa and lepak. Buat aku teringat balik kisah doa yang aku dah lupa. Buat aku terfikir balik. Is this what has been wrote by Allah in luh mahfuz? Adakah bakal menjadi realiti. I dont know the real feeling of mine. Sometime i got confused. Really. Sometime i got the feeling and sometimes not. Pelik. Pelik dengan diri sendiri. Aku dah berada di tahap paling selesa bila dengan dia. Kau dengan dia share semua benda. Kau rasa? 


Pelik dengan kisah perasaan dan doa sendiri terjadi 2 bulan lepas. Dalam doa aku sebutkan nama dia. Dan kalau bukan dia yg terbaik untuk aku maka gantikan dia untuk aku dengan pasangam yang baik. Aku redha. Ya aku redha. Itulah doa aku untuk 2 bulan yg lepas. Sekarang aku yakin. We'll stay be friends. Macam kisah dongeng cerita kali ni. Macam tak real. Sudahlah bermimpi tu paten. Fokus satu satu. Biar capai semua impian. Bukak luas luas mata tu. 

Tak bestlah cerita pasal ni. Kita cerita pasal lainlah. Pasal makan2. Bangkitkan balik semangat aku yg dah lama hilang kerana ikutkan sangat perasaan gila ni. Poodahh. Geli geleman pulak rasanya. Puihh.
Okaylah harini lunch aku masak ikan masak asam and sotong goreng celup tepung. Okaylah umi bg arahan aku follow je dr mula sampai habis. Tak surelah semua orang menambah nasi ker tak tadi. Tp kata umi sedap. Well, ni patenlah. Bakal juara Masterchef Malaysia. Bhahahaha. 



Pinjam quotes nak bebel walaupon bukanlah membebel
hari2 pun. Kadang2 je.
Annyeong!

Appreciation.

Asar semalam entah kenapa berat sungguh hati ni. Mata ni berkedip macam nak menghamburkan semua rasa yg terbuku. Ada macam2 rasa. Selama ni berlawan dengan perasaan sendiri. Cuba menjadi positif. Taknak fikir yang bukan bukan. Akhir cerita kau akan kalah jugak detik hati. Takkan menang. Penatnya menjaga hati orang sampai hati kau sendiri pon kadang2 remuk tapi kau diamkan je. Act like nothing happened, kau buat sardin je. Sungguh, sakit. Atas sebab apa benda ni menjadi? Aku mengadu. Semalam tewas. Harini pun tewas lagi.


At this time I felt unhappy.  Seriusly. 




Kau buat something and people are not appreciate. What would you do next? I'll stop. Yes, stop. Sorry not sorry. I'm not seeking for your appreciate at all just be nice to me. Treat me well as well as you treat others. No bias. No faking. No immitating. I hate it. Thank you for giving this because I'm learning. Sorry because I always making trouble.