Friday, October 21, 2016

Hati Perempuan.

I just found seorang kawan yang tak tahu how i can described it. Just found. Walaupon dah kenal but tak pernah terlintas pon nak sembang mcm dh kenal lama, gelak bagai. Seketul atyn seorang yg sangat pemalu lebih2 dengan orang yg baru dia kenal. Since i never put my feeling towards him so takpelah just follow the flow. Biarlah mcm mana pon nak jadi, jadilah. Invited him to accompanied me last day was just accidentally happened.Unplanned. Sebab tahulah kelemahan diri sendiri memandu kereta. At least jadi pape, ada yg boleh tengokkan. The whole day was just fine. Takde rasa segan apa. Aku dengan gila aku. Dia pon sama. Naik gila jugak. Since dia pon okay, aku senang dengan cara dye yang very the bersahaja and lurus. That is the reason why boleh terjebak. Unexpected okay.


Betullah, perempuan kalah dengan kebaikan, kelurusan seorang lelaki. Pecah macam mana pon muka, senget macam mana pon hidung kau, perempuan tak pernah kisahkan semua. Akhir sekali dye mencari kebaikan dan kelebihan lain yang tersembunyi dalam diri kau. Aku tak pernah jumpa dengan seorang lelaki yang begitu lurus, jujur perwatakannya. The way he talked. I meant it. Really. Just impressed. Wujud lagi rupanya lelaki yang macam ni. Mujurlah aku dah sematkan nama lain dalam hati ni. Kalau hati ni dari mulanya kosong, mudah rasanya aku bukakan peluang dia menakluki hati ni. Selalu ingat namaNya, segala nikmat yang diberi. Masha-Allah, Allah yg satu. Ingat Dia dalam hati ni. Belum masanya lagi nak bercerita hal ni.


Aku makin yakin yg dia memang lelaki yg baik when accidentally happened kena bawak dia balik bermalam kt rumah Sepang after the event. Yg ni pun unplanned jugak. Tiket bas dan ktm balik Segamat sold out and terlepas waktu perlepasan. A very first time bawa balik kawan lelaki ke rumah. Mujur parents okay after had discussed through phone. Aku nervous jugaklah sebab tak pernah ajak kawan laki bermalam kt rumah. Keadaan memaksa dan terdesak. Boleh dimaafkan :)


 Aku macam dah memuji lebih pasal dia. Seriously i am so impressed. He is too naive. Aku suka cara dia bawak diri, attitude, humble, independent at everywhere. Walaupon masa tu rumah aku dipenuhi keluarga lain sepupu sepapat yg talkative, ramah. He just layankan je. Boleh dibawa berbual, sembang and etc. Any topics. All of my expectations is wrong. Kalau kita biasa dengar perempuan melayu terakhir, aku rasa dia mcm lelaki melayu terakhir. Susah nak cari ganti.


At night, bertemankan kawan, aku menyelinap masuk bilik dia. Menyelinap sikit sebelah kaki je to put drinking water on table. My room is attached bathroom with my bro. Just masuk jelah ikut toilet untuk letak air minuman since dia sampai rumah tak turun and for surelah segan nak turun kan. Just faham tidur dengan aircond akan buat kau cari air tengah malam sebab haus. I saw he's asleep. Patutlah tak reply text wa.


I did lent him my bro tshirt and abah's kain pelikat. Menambah nambah lagi terkesima and terkejut when i saw the way he folded them and blanket in the morning. The way he arranged the pillows. Just amazed. My myy. Hati aku keras, Dont expect too much. Aku menulis bukan kerana hati. Again, aku terkesima. Citer sini abih sini. Aku macam terpaku because i never seen people like him. Very humble. Even my cousin pon senang dengan dye. Tak banyak kerenah. Untung gf dye to has him. The way he treats his gf. Very understanding and soft spoken person :)


Sebenarnya wujud je lelaki yg baik tu. Depends on your own rezeki untuk berjumpa. Tula kata orang, tak kenal maka jangan buat andaian sebarangan. Tak baik. Tak bagus. No. So, lepas ni never put negative expectation towards someone. Kenal dulu, berkawan dulu. Then kau judges lah sendiri. Dah maghrib. Jom solat dulu yuk. Assalamualaikum, Annyeong!



Dah lebih sebulan. Just cant moved on. Terima kasih
untuk semua ucapan dan doa. Untuk semuanya.
Thank you, muah ciked. 









Wednesday, October 12, 2016

Kuat.

Aku pening. Baru minggu kelima pengajian makes me feel uncomfy. Everything went not well. Serius, tak tahu dari celah mana datangnya silap. Dari arah mana timbulnya punca yang tidak dikenal pasti ni. Serabut. Bukan serabut dengan assignments given. But the other else. Fikiran celaru. Everything changes. Kadang rasa, i should enjoyed every moment lagi2 semester akhir pengajian ni. Enjoy pergi kelas, buat assignment before kau melangkah keluar kenal dunia yang sebenar. But sometime feels cepatlah masa berlalu. Rasa macam tiada daya. Tiada kekuatan. Kepala botak tengah dah ni fikir benda irrelevant macam ni. Pffftttttttttt. Kadang senyum pon rasa palsu. Tiada keikhlasan. Sekali lagi ye patin kau being fake. Pretending everything like nothing. Pretending stupid macam kau tak tahu apa2. Again.

Saturday, September 10, 2016

Review : PEKAK



Apa yang ditayangkan dalam filem ni is what actually happened tanpa kita sedar pon. For those certain people yang rasa cerita ni leave you and your family negative impacts after watched this, you're totally wrong. As i said in my fb last night, apa yang baik, kita ambil, yang tidak baik kita tinggalkan. Mudah. Cerita ini adalah untuk tontonan umur 18 tahun dan ke atas. And i'm pretty sure that at this age kau boleh beza mana satu betul dan mana satu salah. Unless lah kalau kau masih punya masalah untuk buat pilihan yg betul dan masih perlu dlm bimbingan keluarga. Itu lain cerita.


Cerita ni mengisahkan seorang lelaki OKU yg berusaha mencari duit utk menjadi normal seperti yg lain. See, anything happened for a reason. Kadang manusia lari dari landasan atas faktor terDESAK. Being in desperately situation makes us abnormal. Lari dari tujuan sebenar. Aku langsung tak terkesima, terkejut, terkujat dan lain2 bila tengok cerita ni tadi. Ini adalah apa yg dipertontonkan. Pernah tak kau fikir, apa lagi adegan tersembunyi lain yang kita tak nampak? That we are not used to see it in our country? Lebih kurang macam kita tengok filem orang putih la. Yg lebih mungkin ada. I wish we could have a bigger pair of eyes yg boleh kita tengok benda lain jugak. Untuk tujuan meneladani ya bukan tujuan lain. No2. Kenapa aku cakap aku tak terkejut? Sebab aku dah biasa dengar, lihat perkara yg jauh lebih teruk dari ni. Dari mana? IG pon ada. Korang jgn fokus sgt dekat kisah penghijrahan hamba Allah sorang ni. Fokus juga pd benda lain ya kawan2 :P


Bila kau bangun dari seat kau tak sampai 1 jam tayangan, means kau tak boleh terima the fact. Kau selalu bersama dan dikelilingi orang yg baik2. Untungnya kau. Tapi kau lupa environment yang lain jugak. Kau lupa pada unlucky persons luar sana. Apa yg diperlihatkan kau adalah dasar kehidupan yang indah. How the others yang tak sebertuah kau? Bila kau tonton cerita ni sampai habis, sekurangnya kau tahu masalah ini is recently happened in our country. Kalau kau terjumpa org macam ni yg ingin kembali ke jalan yg benar, sekurangnya kau tak fikir dia menokok tambah cerita. Sebab kau sedar benda ni benar terjadi. Kau bantu sedaya mungkin. 


PEKAK ada cerita dan mesej tersendiri yang nak disampaikan. We have to face the reality activities done by young people nowadays. Jangan terus tenggelam dengan drama cinta romantik pukul 7. Nak cerita lebih2 tak bolehlah. Sementara masih ditayang ni, kau pergilah tengok. Dah malas sgt nak keluar sbb takut penat, malas jalan, takut hitamlah n blabla tunggu jela nanti citer ni keluar dlm Astro first. Layan 2 hari. Sampai lebam. This is my very personal review about this film. Rugi? Langsung tak. There's a lesson in this film. Aku belajar lg. Tapi tula mana mungkin kau aku punya pendapat yg sama. Cara pemikiran dan penerimaan kita berbeza. So, aku bagi 4 over 5 bintang untuk cerita ni. Next movie? Train to Busan hoo yeah. Next week jom. Lepas raya. Sekarang ni dah settle satu hajat kita fokus pulak pada ketupat palas, rendang, nasi impit. Yes, misi tambah lg berat badan onzz! Last word untuk harini, Selamat Hari Raya AidilAdha. Yg balik kampung tu hati2 di jalan raya. Jgn gopoh. Kalau berkesempatan, sihat tubuh badan jom puasa esok. Rebut pahala yg Allah nak bg pada kita. Okaylah, Annyeong!



Jangan lupa niat yaw !

Monday, August 29, 2016

Terapi Jiwa

Last Saturday I went to Shah Alam. Unbelievable went there alone just to meet my sotong. Since haritu dia dah datang rumah aku and aku sendiri dah janji nak pergi rumah dia maka aku beranikan diri walaupon sesat jugaklah sebab masuk salah lorong. Orang berbudi kita berbahasa. Actually terpegun dengan dia punya effort nak datang Sepang haritu. I promised her to stay at her home. Tak dapat pelepasan jadi berjumpalah satu hari je. Kami tak berdua tapi bertiga. Alhamdulillah, happy. Hilang stress walaupon tak banyak masa.


 Aku ajak nana n nanie pergi House of cat, Shah Alam.
RM5 je entrance fee yang penting boleh pegang and dukung kucing2 dalam tu.
Bayar mahal2 tapi tak boleh pegang tak boleh itu ini. 
Rugi.

Tengoklah tu debab bambam semua.
Aku penakut kucing mencuba untuk menyayangi kucing.
Besar pahalanya kan?
Bolehlah buat saham akhirat.
Ni ada kesan cakaran sikit kat tangan masa kt HOC.
 Bukti aku dpn Allah nanti. Boleh? 


Kemain kusyuk 3 ekor kucing ni.
Entah apa yg dicari pon taktahu.
Suka sangat dengan beg aku yg bercorak peta dunia ni.
Cari jalan keluar nak balik negara sendiri ke tu?




Entrance and exit laluan House of cat.
Service tiptop tu yg pecah kepala kejap.
Sangat berbaloi baloi kalau bawak budak kecik.
Thanks to staff HOC ambilkan gambar kami.
Masa kitaorg datang tu memang tak ada orang. 
So, tak pasal2 HOC jadi macam rumah sendiri.
Maaf banyak2 kalau bising. Hahaha


And then pergi lunch dekat Nasi ayam Mas Mono. Aku order pecal lele penyet. Sedap! Sebab dia hidang masakan tu panas2. Mas, kalau ditambah cabai untuk sambel tu pasti lagi enak. Nggak cukup pedas deh. Kahkahkah. Pisang goreng cheese dia pon sedap. Marvellous! Tapi lagi sedap kalau letak pisang lebih lagi. Tak puas boh. Kahkahkah. Dah kenyangkan, exercise jalan sekejap tengok butik2 kat sana. Sempatlah nanie melontar kat Zawara butik. Aku? Aku buka slot 'mari bercerita bersama dengan nana' sementara nanie tengah memilih menyoping. And sempat pulak pergi laman seni shah alam. Alaaa area situ jugak. Tak zangkaaaaa dekat2 situ jugak. So takde lah rugi bila aku ajak depa pergi HOC. 


Lepas selesai melontar and solat, depa bawak aku pergi Taman Tasik Shah Alam. Tadi dah buka slot bersama dengan nana. Ni bukak lagi slot bercerita bersama nana n nanie. Dah macam kembar pulak nama nak dekat2 diorang ni. Seronok. Bila kadang2 bercerita itu ini. Apa yg kau bukukan selama ni kau luahkan. Rasa ringan kejap. Kejaplah. Tak lama mana pon.

Dah dekat maghrib jugaklah baru aku bertolak. Alhamdulillah tak sesat and tak salah masuk lorong dah nak balik Sepang. Less than an hour ja pon Sepang - Shah Alam. Jadi bolehlah bila2 lagi kita date. 


Sebelum keluar dari kereta nanie. Wefie satu kali.
Ada budak tu sedih sebab nak kena berpisah. 
Sedihlah tu tak dapat nak menyotong lama lagi. Hahaha.
Dia dah excited bgtahu parents aku nak datang rumah tido sana.
Tapi tak dapat. Sorry. 



Thanks Na. Kau selalu ada bila aku rasa down gila.
Aku dah lama tak ditarbiyah.
Kadang aku dh penat jadi positif. Kadang macam nak menyerong jadi negatif.
Tapi kau selamatkan aku. Kau sedarkan aku, rahmat yg bakal diperoleh untuk orang yang bersabar.
Aku bacalah caption kau dlm ig semalam. Saja taknak comment and like. Sebab i'am so touched!
Macam sedih je caption kau semalam. Thanks share doa semalam.
And good luck utk 'yang tu' 
Macam biasalah always pray for your best. Just follow the flow okeng and keep pray.


Yang nie namanya nanie. Nanie ni schoolmate menengah nana. Kitorang baru jumpa dua kali
tapi memasing kecoh gelak besar masuk air 
masuk kepala macam dah lama kenal. Kalau nana tak bawak nanie 
datang rumah haritu mungkin kita tak kenal. Ramaikan kawan apa salahnya.
Yg dah kenal lama belum tentu baik and boleh stay dengan kita.
Kawan biar beribu, berkasih biar satu.
Thanks sebab bawak nana datang Sepang haritu. 
Good luck to both of us. Good luck bakal cikgu muzik!
Semoga kita dapat berjumpa lagi.
Sama2 bersabar dan bertabah menempuh kehidupan seorang pelajar.


Thanks korang berdua. Bawak jalan2. Siap tanya aku nak pergi mana. Kalau aku jawab nak pergi jauhh. Jauh dari orang2 mcm ni boleh ke bawak? Jadi jawab lah taknak pergi mana2. Nak spend time je. Taknak banyak. Itu je. Jaga diri baik2. Semoga dalam jagaan Allah selalu. Annyeong!







Saturday, August 27, 2016

Seorang Fatin.




Seketul hamburger 



Aku sedang belajar untuk menghargai. Aku tengah belajar. Supaya nanti aku tak menyesal di kemudian hari. Perlahan melangkah. Langkahan aku berat sebab aku sedang menjadi orang lain. Kalau inilah yang memuaskan hati orang, aku mengalah. Aku sedang belajar benda baru dlm hidup aku. Seorang fatin memang tak pernah berhenti berfikir. Hal remeh temeh pon masih sibuk nak berfikir. Dia punya perasaan yg keras dlm diri tp dia seorang yg cepat berlembut hati. Cepat marah, cepat sejuk. Cuba belajar untuk faham. Jangan hanya nampak sinar orang lain. Seorang fatin juga punya sinaran kilau yg disembunyikan. Dia lebih suka kalau orang lihat secara natural. Dia tak suka nak tayang kerja baik yg dia buat. Dia bermulut laser tp hati dia tak pernah mengiyakan apa yg keluar dari mulutnya.

Dia punya impian yg besar. Bercita-cita tinggi. Dia nak buat semua benda yg ada dlm dunia ni. Dia nak pegang banyak watak dan karakter. Dia boleh buat kerja yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan. Dia selalu nak dilihat kuat. Orang seperti dia selalu dipandang kuat. Walaupun hakikatnya tidak. Dia kuat jiwa tapi fizikalnya dia memang lemah. Dia nak selalu dilihat boleh. Susah nak kata tak boleh. Tak boleh pun, dibolehkan. Seorang pendendam tapi tak simpan dendam. Bergantung pd situasi. Dia seorang yg akan ingat perkataan buruk yg pernah dilemparkan pada dia walaupun perkara tu lebih 10 tahun. Dia ingat. Dia tak pernah lupa ayat ayat power yg buat dia bersedih hati. Dia tak berdendam tapi dia cuma ingat je.


Dia tak pandai nak tunjuk kesedihan dan kesakitan. Kesedihan dia muncul apabila dia bersendirian. Ketika dikelilingi ramai dia berubah. Sebab? Sebab dia kuat.


Penghapus kejanggalan. Dia selalu nak hilangkan rasa janggal dengan bercakap banyak. Tiba2 jadi talkative. Kadang kadang benda tak penting pun dia bertanya. Dia menjaga hati pihak sana. Tapi dia teringin nak jadi pendiam. Impian lama yang tak menjadi.



Dia mudah sayangkan seseorang yang berbuat baik dengan dia. Dia sanggup lakukan apa saja. Sangat peka dengan perangai seseorang yg baru muncul dlm hidup dia (kawan baru). Dia akan dekat dengan orang kalau orang tu selesa dan gembira untuk dibuat kawan. Dia akan terus menjauhi kalau seseorang tu bukan jenis kawan yg digemari dan patut dijauhi. Seorang fatin boleh jadi kawan yg jahat bila dia tak berkenan atau hint yg diberi tak disambut dengan baik. Lebih baik seorang fatin menjauhi orang itu daripada mulut ini terus bercakap yg tidak elok. Berdosa. Jadi baiklah dengan fatin kerana Allah jadi dia akan berbaik dengan orang itu 2x ganda baik. Tapi awas jangan berpura pura baik atau ambik kesempatan. Fatin is a good detector. Beware.


Degil. Sangat degil. Kalau dia mahukan A, jadi dia mahu. Takde sapa boleh halang keinginan dan kehendak dia. Tapi kedegilan dia masih boleh dipertimbangkan kalau kesan dia melibatkan hal dan orang lain.


Gila. Dia dilahirkan normal tapi dia punya perangai gila yang lain dari orang kebanyakan. Siapa faham and kenal akan faham kegilaan seorang fatin. Dia boleh jadi lebih gila bila dia stress and in pressure. Serius. Fikiran dia boleh jadi di luar kotak.


Dia paling tak suka dengan orang yg jenis macam 'kau boleh buat orang tapi bila kena pd kau tahu pulak marah'. Sebab seorang fatin sejenis yg macam bila kau buat org macam tu, dia akan balas balik. Biar reflect and fairlah. Aku sakit hati kau buat aku, biar kau rasa apa aku rasa. Biasa my words jela. Tak pernah pulak bila orang tu tepuk or tumbuk aku, aku balas balik. Sebab aku tahu sakit. Seorang fatin dia tak suka benda tu jadi dia tak buat kat orang. Kau tahu benda tu annoying pastu kau buat kt orang. Rasa apa? Best ke?


Kasar dan ketawa terbahak. Teruk sebenarnya perangai aku ni. Takde yg elok pun sebenarnya. Tak boleh nak describelah. Kadang2 boleh jadi perempuan. Kadang2 boleh jadi lelaki. Kadang2 pon boleh jadi pondan. Pfffftttt.



Mak aihh banyak pulak nyamuk malam ni. Nasiblah ada nyamuk. Kalau tak, mahu 2 hari lg aku sambung menaip. Tak payah susah2 buat biografi dah ni. Sajalah test buat karangan. Nak show off dulu BM aku A. Kahkahkah. Plus dulu aku berminat nak jadi penulis. Tapi tak kesampaian bila aku sedar amalan membaca aku semakin tipis bila berganjak usia ni. Tak rancak macam dulu zaman sekolah. Aku mengarang panjang panjang ni macamlah ada yg berminat nak tahu and baca. Entah entah ada yg baca post ni sambil angkat tangan ke atas and mulut menjuih tanda menyampah. Okaylah esok aku ada date. Kena tido dl kalau taknak eyebag semakin menebal. Torok bonar dah eyebag ni. Tak boleh nak buat apa dah. Cantik sikit ja dari zombie. Okaylah nunight everyone. Assalamualaikum. Annyeong!





Dari semalam aku teringat si dobot erina ni.
Rindu nak jadi acah2 mak tak cukup tido sebab anak merengek tengah malam, buat susu anddd sebab anak tido lasak mengalahkan mak. Risau nak oii takut tergolek.
Paling rindu nak basuh iyak dia. Sebab masa mandi dia salu panggil aku mama. 
Nak mengadu sejuklah tu. 



Rindu.











Thursday, August 25, 2016

Perancangan Tuhan.

Lamanya aku simpan post ni. Cerita separuh jalan harini kasi perabihlah cerita. Tak payah simpan. Sambil nak tenang dan sejukkan hati ni. Bila kau dh yakin dengan diri baru kau post. Yela, faham. Sebelum nii hati dan perasaan meronta. Kaukan budak jiwa kacau paten. 


Delayed post (20/7/2016)

Harini tiba2 rasa nak share satu kisah waktu menunaikan umrah bersama keluarga tahun lepas. Baca boleh percaya jangan ya. Kesahihan cerita ni Allah saja yang tahu. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya. Tapi aku jadikan perkara yg berlaku itu sebagai satu cerita biasa, Aku anggap Allah sedang menguji aku.


Sewaktu di Mekah sedang melakukan umrah, selain mendoakan utk keluarga, kawan2, dan dipermudahkan segala urusan, biasalah akan terselit jugaklah doa sampingan lain2. Dengan tujuan Allah makbulkan dan permudahkan. Sedang aku berdoa, ya Allah kurniakan aku pasangan yg baik, yg taat dengan perintahMu and blablabla. Satu wajah ni muncul direct terus ketika sedang berdoa. Aku tertanya tanya kenapa muka dia yang muncul dalam doa ni. Di hadapan Kaabah. Kenapa tak muka orang yg pernah aku crush bertahun tahun? Setia lama, simpan perasaan nii sampailah moved on. Ya, aku dah moved on tapi tetaplah berdoa untuk fasa yg seterusnya. Dengan siapa, bila tu yg masih menjadi rahsia Allah. Pertanyaan aku terhenti di situ. Aku lupa. 


Selepas selesai umrah di Mekah, gerak ke Madinah. Masuk ke dalam masjid Nabawi takkan terlepas untuk nak masuk ke makam Rasulullah dan taman syurga, Raudhah. Punya hal tujuan yang sama. Taman syurga, Raudhah tempat mustajab doa kalau diizinkan Allah. Dan sekali lg aku berpusu pusu berebut masuk ke dalam Raudhah. Dan punya tujuan yang masih sama di Mekah. Tak terlepas untuk berdoa sampingan jugak. Dan sekali lagi muka dia muncul. Hati aku berdebar. Allah, aku masih tertanya, Pertanyaan aku sama. Kenapa muka dia? We've been friend for a long time ago. Selama aku berkawan dengan dia tidak pernah sekali pun menyimpan perasaan. Tidak lebih dari kawan. Tak pernah anggap lebih. Tak pernah bayang untuk menjadi lebih dari seorang kawan. Tak pernah.


Sampai Malaysia selepas selesai umrah buat aku terus lupa pasal doa tu. Aku memang tak ingat apa. Langsung tak fikir dah. Aku anggap itu permainan dan ujian Allah buat aku. Entah macam mana back closed to him after bertahun tak jumpa and lepak. Buat aku teringat balik kisah doa yang aku dah lupa. Buat aku terfikir balik. Is this what has been wrote by Allah in luh mahfuz? Adakah bakal menjadi realiti. I dont know the real feeling of mine. Sometime i got confused. Really. Sometime i got the feeling and sometimes not. Pelik. Pelik dengan diri sendiri. Aku dah berada di tahap paling selesa bila dengan dia. Kau dengan dia share semua benda. Kau rasa? 


Pelik dengan kisah perasaan dan doa sendiri terjadi 2 bulan lepas. Dalam doa aku sebutkan nama dia. Dan kalau bukan dia yg terbaik untuk aku maka gantikan dia untuk aku dengan pasangam yang baik. Aku redha. Ya aku redha. Itulah doa aku untuk 2 bulan yg lepas. Sekarang aku yakin. We'll stay be friends. Macam kisah dongeng cerita kali ni. Macam tak real. Sudahlah bermimpi tu paten. Fokus satu satu. Biar capai semua impian. Bukak luas luas mata tu. 

Tak bestlah cerita pasal ni. Kita cerita pasal lainlah. Pasal makan2. Bangkitkan balik semangat aku yg dah lama hilang kerana ikutkan sangat perasaan gila ni. Poodahh. Geli geleman pulak rasanya. Puihh.
Okaylah harini lunch aku masak ikan masak asam and sotong goreng celup tepung. Okaylah umi bg arahan aku follow je dr mula sampai habis. Tak surelah semua orang menambah nasi ker tak tadi. Tp kata umi sedap. Well, ni patenlah. Bakal juara Masterchef Malaysia. Bhahahaha. 



Pinjam quotes nak bebel walaupon bukanlah membebel
hari2 pun. Kadang2 je.
Annyeong!

Appreciation.

Asar semalam entah kenapa berat sungguh hati ni. Mata ni berkedip macam nak menghamburkan semua rasa yg terbuku. Ada macam2 rasa. Selama ni berlawan dengan perasaan sendiri. Cuba menjadi positif. Taknak fikir yang bukan bukan. Akhir cerita kau akan kalah jugak detik hati. Takkan menang. Penatnya menjaga hati orang sampai hati kau sendiri pon kadang2 remuk tapi kau diamkan je. Act like nothing happened, kau buat sardin je. Sungguh, sakit. Atas sebab apa benda ni menjadi? Aku mengadu. Semalam tewas. Harini pun tewas lagi.


At this time I felt unhappy.  Seriusly. 




Kau buat something and people are not appreciate. What would you do next? I'll stop. Yes, stop. Sorry not sorry. I'm not seeking for your appreciate at all just be nice to me. Treat me well as well as you treat others. No bias. No faking. No immitating. I hate it. Thank you for giving this because I'm learning. Sorry because I always making trouble. 

Tuesday, June 7, 2016

Delayed Post

Lamanya aku simpan post ini. Simpan dalam hati. Nak menulis, mengarang bukan boleh dibuat ketika hati membuak meronta. Kalau lah ada manusia yang boleh baca isi hati kita, Mudahnya kerja kita tak payah nak berterus-terang. To be honest, bukan satu kerja yang mudah, senang kacang, Nope, definitely not. Kalaulah macam tu, perlu apa untuk kau meraung, menjerit, menangis kali yg lepas? Sia-sia. Again, sia-sia.

Untuk Ramadhan tahun ni punya harapan yang besar gabak. Besar cannot described by words. Punyalah nak suruh korang imagined betapa besarnya harapan aku tahun ni. Banyak benda nak cakap pasal kalaulah itu, kalaulah ini. Semua kalaulah. Kalaulah boleh buat n bla bla, Cakap guna air liur pon tak guna tyntyn without actions. And paling penting, kalaulahhh masa boleh diputar balik. Banyak benda aku nak mula semula, nak buat lagi. Tak puas. And again, kuatnya 'kalau' kau ni tyn hoi. Okay, tukar words lain. Jikalau. Macam takde beza je. Cisss ~

Punya tubuh badan yang sihat Ramadhan ini. No penawar, no clinic. No2, stay healthy. Sebab orang yang cantik and seksi adalah orang yang sihat tubuh badannya - So Ji Sub Oppa

Selamat meniti hari-hari terakhir untuk semester ini. Selamat Maju Jaya untuk Final Examination. Aku punya kisah hitam jadi aku tak mahu ulangi lagi. Cukup sekali ia mengajar aku erti penyesalan yang tiada kesudahan sehingga kini. Sama seperti doa aku selepas solat, permudahkan aku untuk kali ni. Dari awal sampai akhir. Dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat. Lain2 doa jugak. Semangat masuklah dikau ke dalam badan Fatin Sykirah ini. Semoga Fatin Sykirah kuat dan semangat, bukan setakat cantik dan gojes je. Kah!

Selamat Berpuasa. Semoga segala ibadah di bulan Ramadhan ini diterima Allah. Syaitan dah kena ikat, kalau kau masih buat jahat jugak jadi tiada ragu-ragu kaulah setan! Kahkahkah. Annyeong and Assalamualaikum. Mohon mimpi workout dgn trainer So Ji Sub malam ni dengan harapan bangun sahur esok teruh kuruih. BYE.






Sebab berangan kan percuma. 



Berangan jelah dulu, Realisasikan kemudian.
Bawak orang mengenali Islam ni besar pahalanya, Motiffff sangat :P




Sunday, January 10, 2016

Aku bukan Neelofa mahupun Siti Nurhaliza.

Diingatlkan entry kali ni agak panjang compared to my previous posted. It is about my experienced in Mecca. Lamanya simpan entry ni baru boleh nak posted. Bismillahirrahmanirrahim.



Aku teringat masa menunggu adik yang sedang solat isyak berjemaah di luar masjidilharam. Semua kedai ketika itu ditutup sementara waktu solat. Aku duduk di bahu jalan sambil makan aiskrim. Ada seorang lelaki berjalan melintasi aku. Dlm hati aku mengutuk 'eh dye ni tak masuk masjid solat ker. Dah ada peluang boleh solat, taknak solat and bla bla membebel'. Aku pandang ja dye dan tiba2 dye berhenti berjalan dan tengok aku atas bawah. Aku masih ingat dye pandang aku sambil menjilat mulut. Woihhhh, tak sedap hati gila time tu. Mana hilang gangster tadi kemain mengutuk dalam hati. Terus hilang tak terkejar keberanian yang tak sampai 5 minit pon. That guy berjalan ke depan sikit dan berdiri di tiang sebuah kedai sambil memandang aku. Obviously, bukan nak perasan ka apa. Tp dye mmg betol aimed aku. Aku melintas ke seberang jalan, gerak jauh dari dye, pergi ke sana ke mari, dye tetap mengekor aku dari belakang. Nak pengsan rasanya masa tu. Tak boleh pengsan tyn, rasional sikit jangan nak susahkan orang. Sempat berdialog sendiri walaupun tengah takut. Dalam hati, apa dye dengar ke kutukan aku td? Tp kalu betol dye ada kuasa yg boleh dengar orang berckp dlm hati, kenapa mesti nak jilat mulut sambil pandang aku? Nak marah, marah jela. Dye nampak aku ni mcm ayam KFC ker apa masa tu?! Ya Allah lillah masa tu rasa nak menangis tak tahu nak duduk dgn siapa sampai aku jln betol2 nak masuk pintu masjidilharam aku nmpak seorang kakak dr Indonesia dan tak fikir apa, aku terus bersila sebelah kakak tu. Kami berbual-bual sekejap dan laki tu duduk di bahu jalan juga jauh dari aku. Usai jemaah selesai solat, kakak tu kena pergi sbb dh berjanji dengan agen untuk berkumpul. Aku masih menggigil dengan ribuan jemaah yg baru selesai solat dan kelibat adik yg masih aku tak nampak lg dengan dye yg masih tak gerak2 dari tempat duduknya. Tak sedap hati sebab lamanya adik aku ni ambil masa nak keluar dari masjid. About 15 minutes baru nampak kelibat adik keluar dari masjid sambil membawa sebotol air zamzam. Patutlah lama nak keluar masjid, keluh aku. Aku ceritakan kat dye situasi yang baru berlaku td. Adik tenangkan aku dengan sebiji kebab 2 riyal yg sedap dan esoknya aku tak lg temankan pergi solat berjemaah. Just stayed in Hotel. Tengok orang solat live tv dlm bilik. Aku suka that environment bila aku dengar sendiri bacaan dlm solat oleh imam Mekah yg subhanAllah syahdunya. Aku suka tgok gelagat saudara2 Muslim. Aku suka everything about that place especially makanan lol. Rindu Mekah dan Madinah. Sekarang, aku pergi mana2 aku percaya Allah ada. Tetapkan dan terapkan dalam hati. Allah ada sentiasa menjaga, melindungi dari sebarang perkara yg tidak diingini. Mungkin haritu aku lari sedikit dr kebiasaan where i always baca doa before keluar pergi ke mana-mana sebab percaya, tempat ibadah takkan ada orang berniat tak baik? Well, mana2 pon ada. Di mana-mana pon ada orang yang punya perasaan. Ataupon mungkin ianya salah satu ujian dr Allah buat aku. Alhamdulillah, aku selamat. Dah membebel dengan adik dan dah dpt kebab, kejap je hilang rasa takut. Tp memang tak boleh lupalah. Orang seperti itu, bukan hanya ada di Mekah sahaja, Malaysia pon ada cuma aku mmg rasa selamat kalau di Malaysia. Di Malaysia, aku tak perlu ada rasa takut macam tu. You know the reasons and no need for me to explain it. Alhamdulillah. But still, semua ni datangnya dr Allah. Percaya, semua yg berlaku atas kehendak Allah. To that stranger person, maybe awak tertukar antara saya and Neelofa, Siti Nurhaliza and etc. Since this people quite popular in Mecca and Madinah,so I'm sure you did wrong that night. Saya dh maafkan. Next time, be details or you will regret later. Kahkahkah. Seronok tahu tak bila ke mana-mana orang panggil kita Siti Nurhaliza and Neelofa. Okay, merasa kejap jd popular. I did suggested to my parents why not kita pergi umrah dan ziarah Mekah and Madinah as our annually family vacation. Forget about other countries and we do ibadah every year. And my parents reaction was so so. Haha. Mana tidaknya, pandai betul buat cadangan nk bercuti di Mekah dan Madinah macamlah tempat tu selangkah keluar dari pintu rumah. Umi abah said, kena mula menabung dari sekarang. In sha Allah, moga ada umur panjang dan moga ada rezeki lg utk jejakkan kaki di rumah Allah, rumah Rasulullah. Moga ada rezeki juga untuk kalian menjejakkan kaki ke sana. In sha Allah, Amin. I did have other experienced masa kat Madinah. Myself experienced. Next post okay? Insha Allah. Okay bye, Assalamualaikum.

At airport before departured to Jeddah. Aku rasa first time dlm flight malas nak makan sebab mengantuk sangat since bertolak ke Jeddah pun tengah malam kan. Sampaikan si steward siap bukakan meja makan and hidangkan makan untuk aku. Bila dah mamai cenggitulah. Haha. Aku pulak dari Segamat mana ada masa nak  prepared barang. Balik rumah before bertolak lah baru gigih nak packing. Hmm.

Me and bro. Bila lagi nak tunjuk naked face without make-up. Kah!

 Disebabkan Mekah in constructions so they give mask and tissue for free to protected us from asap debu pasir.


Pure fruit juice and Kebab. Nyums




Kaabah