Aku teringat masa menunggu adik yang sedang solat isyak berjemaah di luar masjidilharam. Semua kedai ketika itu ditutup sementara waktu solat. Aku duduk di bahu jalan sambil makan aiskrim. Ada seorang lelaki berjalan melintasi aku. Dlm hati aku mengutuk 'eh dye ni tak masuk masjid solat ker. Dah ada peluang boleh solat, taknak solat and bla bla membebel'. Aku pandang ja dye dan tiba2 dye berhenti berjalan dan tengok aku atas bawah. Aku masih ingat dye pandang aku sambil menjilat mulut. Woihhhh, tak sedap hati gila time tu. Mana hilang gangster tadi kemain mengutuk dalam hati. Terus hilang tak terkejar keberanian yang tak sampai 5 minit pon. That guy berjalan ke depan sikit dan berdiri di tiang sebuah kedai sambil memandang aku. Obviously, bukan nak perasan ka apa. Tp dye mmg betol aimed aku. Aku melintas ke seberang jalan, gerak jauh dari dye, pergi ke sana ke mari, dye tetap mengekor aku dari belakang. Nak pengsan rasanya masa tu. Tak boleh pengsan tyn, rasional sikit jangan nak susahkan orang. Sempat berdialog sendiri walaupun tengah takut. Dalam hati, apa dye dengar ke kutukan aku td? Tp kalu betol dye ada kuasa yg boleh dengar orang berckp dlm hati, kenapa mesti nak jilat mulut sambil pandang aku? Nak marah, marah jela. Dye nampak aku ni mcm ayam KFC ker apa masa tu?! Ya Allah lillah masa tu rasa nak menangis tak tahu nak duduk dgn siapa sampai aku jln betol2 nak masuk pintu masjidilharam aku nmpak seorang kakak dr Indonesia dan tak fikir apa, aku terus bersila sebelah kakak tu. Kami berbual-bual sekejap dan laki tu duduk di bahu jalan juga jauh dari aku. Usai jemaah selesai solat, kakak tu kena pergi sbb dh berjanji dengan agen untuk berkumpul. Aku masih menggigil dengan ribuan jemaah yg baru selesai solat dan kelibat adik yg masih aku tak nampak lg dengan dye yg masih tak gerak2 dari tempat duduknya. Tak sedap hati sebab lamanya adik aku ni ambil masa nak keluar dari masjid. About 15 minutes baru nampak kelibat adik keluar dari masjid sambil membawa sebotol air zamzam. Patutlah lama nak keluar masjid, keluh aku. Aku ceritakan kat dye situasi yang baru berlaku td. Adik tenangkan aku dengan sebiji kebab 2 riyal yg sedap dan esoknya aku tak lg temankan pergi solat berjemaah. Just stayed in Hotel. Tengok orang solat live tv dlm bilik. Aku suka that environment bila aku dengar sendiri bacaan dlm solat oleh imam Mekah yg subhanAllah syahdunya. Aku suka tgok gelagat saudara2 Muslim. Aku suka everything about that place especially makanan lol. Rindu Mekah dan Madinah. Sekarang, aku pergi mana2 aku percaya Allah ada. Tetapkan dan terapkan dalam hati. Allah ada sentiasa menjaga, melindungi dari sebarang perkara yg tidak diingini. Mungkin haritu aku lari sedikit dr kebiasaan where i always baca doa before keluar pergi ke mana-mana sebab percaya, tempat ibadah takkan ada orang berniat tak baik? Well, mana2 pon ada. Di mana-mana pon ada orang yang punya perasaan. Ataupon mungkin ianya salah satu ujian dr Allah buat aku. Alhamdulillah, aku selamat. Dah membebel dengan adik dan dah dpt kebab, kejap je hilang rasa takut. Tp memang tak boleh lupalah. Orang seperti itu, bukan hanya ada di Mekah sahaja, Malaysia pon ada cuma aku mmg rasa selamat kalau di Malaysia. Di Malaysia, aku tak perlu ada rasa takut macam tu. You know the reasons and no need for me to explain it. Alhamdulillah. But still, semua ni datangnya dr Allah. Percaya, semua yg berlaku atas kehendak Allah. To that stranger person, maybe awak tertukar antara saya and Neelofa, Siti Nurhaliza and etc. Since this people quite popular in Mecca and Madinah,so I'm sure you did wrong that night. Saya dh maafkan. Next time, be details or you will regret later. Kahkahkah. Seronok tahu tak bila ke mana-mana orang panggil kita Siti Nurhaliza and Neelofa. Okay, merasa kejap jd popular. I did suggested to my parents why not kita pergi umrah dan ziarah Mekah and Madinah as our annually family vacation. Forget about other countries and we do ibadah every year. And my parents reaction was so so. Haha. Mana tidaknya, pandai betul buat cadangan nk bercuti di Mekah dan Madinah macamlah tempat tu selangkah keluar dari pintu rumah. Umi abah said, kena mula menabung dari sekarang. In sha Allah, moga ada umur panjang dan moga ada rezeki lg utk jejakkan kaki di rumah Allah, rumah Rasulullah. Moga ada rezeki juga untuk kalian menjejakkan kaki ke sana. In sha Allah, Amin. I did have other experienced masa kat Madinah. Myself experienced. Next post okay? Insha Allah. Okay bye, Assalamualaikum.
At airport before departured to Jeddah. Aku rasa first time dlm flight malas nak makan sebab mengantuk sangat since bertolak ke Jeddah pun tengah malam kan. Sampaikan si steward siap bukakan meja makan and hidangkan makan untuk aku. Bila dah mamai cenggitulah. Haha. Aku pulak dari Segamat mana ada masa nak prepared barang. Balik rumah before bertolak lah baru gigih nak packing. Hmm.
Me and bro. Bila lagi nak tunjuk naked face without make-up. Kah!
Disebabkan Mekah in constructions so they give mask and tissue for free to protected us from asap debu pasir.
Pure fruit juice and Kebab. Nyums
Kaabah





