Saturday, December 26, 2015

Hantu dan Misteri. Wujud ke?

Tiba-tiba hari ni nak cerita pasal hantu. Aku sangatlah suka dengar and tengok cerita hantu dannn akulah orang yang paling kuat menjerit bila ada scenes yang menyeramkan. Bila malam tiba, akulah orang yang terakhir tidur atas sebab terbayangkan hantu ada dekat pintu, celah tingkap dan sebagainya. Lol. Waktu aku studied dekat Poli, aku antara orang yang selalu ada bila pelajar terkena histeria. And fyi, aku pernah ikut ceramah pasal berubat Islam daripada Ustaz Syarhan. Since aku dah tahu teknik nak keluarkan jin dalam badan, pernahlah aku berjaya buat dekat seorang pelajar yang terkena histeria masa sem 1. Sem 1 hingga 2 aku tak ketinggalan nak membantu mereka yang terkena histeria. Ada tu pelajar dirasuk satu hari means malam tu dirasuk lps isyak esok petang lps asar barulah jin keluar dari badan pelajar dan tulah kes rasuk yang paling lama aku tolong.Berbirat merah tangan ni dicengkam pelajar tu. Ingatkan jin dah keluar rupanya tak. Hampeh punya jin. Penipu. Entah macam mana aku punya kekuatan nak menghadapi pelajar histeria. Masa tulah. Sekarang ni tak lagi dah. Malah aku rasa aku dah lemah semangat. Tak boleh dengar orang histeria aku mula nak layan dan aku hampir terkena histeria.


Kisah 1
Kisah semester 3 di Poli masih segar diingatan, The worst semester bila hampir setiap minggu aku sakit, demam menggigil tak boleh bangun. Berubat sana sini sampai hujung semester. Semenjak dari tu aku dah tak berani nk tolong kalau ada pelajar terkena histeria. Diri sendiri tak kuat bila satu malam jam 2 pagi masih sibuk dengan assignment dan roomates dah tidur. Aku ke bilik kawan di sebelah dan berbual sebelum masuk tidur. Entah macam mana boleh terbuka kisah hantu. Aku menggigil dan kepala aku ketika itu terletak antara dua dunia. Sama ada realiti dan fantasi. Aku ingatkan diri sendiri dan mulut tak berhenti membaca ayat kursi, Menggigil seluruh badan dan aku lihat bendalah tu ada di mana-mana. Mulut tak berhenti ucap ya Allah, ya Allah. Malam tu, kawan bilik seblah temankan aku tidur since semua roomates aku dah tidur. Satu malam tak boleh tidur. Tak boleh lelap mata. Kata orang yang mengubat aku, kejadian berlaku kat aku kerana bunian. Bunian marahkan aku. Aku ingat, ketika perjalanan ke masjid waktu maghrib aku lalu di tengah tasik dan terdengar ada bunyi kuat jatuh ke dalam tasik. Aku syak aku terlanggar bunian. Manalah aku nak nampak, dah kalu nampak bukan langgar tapi memang pecutlah cerita dia. Boleh fikir logik, ye dak? Memang tempat pengajian Diploma tempat perkampungan bunian. So, no doubtlah kan. Aku yang tak percaya benda2 ni bila dah berlaku dekat diri sendiri barulah percaya.

Kisah 2
Kejadian berlaku semester 3 juga di waktu Maghrib ketika mahu mengambil wuduk nak bersiap ada replacement class malam tu. Ketika itu, keadaan block asrama gelap suis lampu koridor ditutup sebab giliran semua pelajar block turun solat berjemaah di masjid. Aku ke tandas mengambil wuduk dan selesai wuduk berjalan ke bilik aku terdengar suara merdu humming dari arah mana aku tak pasti. Berderau darah aku. Langkah aku terhenti dan aku mengamati suara tu dan yakin suara tu bukan suara pelajar sini. Suaranya persis wanita yang lewat umur. Merdu tiada lirik hanya humming. Kaki aku laju melangkah ke bilik kawan tidak ke bilik aku sebab aku tahu keadaan bilik aku yang agak 'keras' dan ketika itu cuma aku seorang sahaja yang ada. Teman bilik yang lain bukan sekelas dengan aku semua di masjid. Aku rasa korang dah boleh agak suara siapa maghrib tu. Waktu malam kita adalah waktu pagi mereka. Konpem lah si bun tu menyanyi girang sambil main buih. Lol jugak.

Sebenarnya banyak kisah misteri yang aku sendiri alami. Baik berlaku di rumah atau di luar rumah. Antara paling misteri yang aku ingat kejadian lewat malam di tol Karak. Yang itu memang tak boleh lupa macam mana keadaan menatang tu. Dulu, aku berani nak berhadapan dengan benda macam ni. Tapi, sekarang kekuatan hilang dengan sendirinya. Sebab terlalu banyak yang aku dah lihat, maka ramai jugalah ustaz yang umi panggil nak tutup hijab mata aku ni. Alhamdulillah, dah lama tak nampak benda tu baik yang bungkus penuh atau yang berambut panjang. Merasa jugalah aku berhadapan dengan makhluk halus dan orang yang terkena histeria. Korang ada? Lol.

Haihhla, gara-gara crews ARI Nasi Kukus harini demam menggigil nampak hantu semalam, turut membawa aku terjebak nak bercerita kisah pengalaman misteri sendiri. Haihhlaaa, sorang2 kat hall bawah ni rasanya tak enak. Mula2 menulis tadi meja penuh dengan umi, abah and adik lelaki. Habis menulis baru sedar sorang2 kat bawah, Terkejut menjerit dengan umi turun dari atas, Kan dah kena setepek marah dengan umi. Haha. Aku memang mudah terperanjat sekarang ni. Tak pastilah berangan ker atau berhati-hati kerana rasa diri ni diperhatikan. Aku kurangkan takut korang dengan lagu Hindustan favourite dari filem lakonan Aamir Khan. Pengubat kecewa weh Dilwale tiket sold out. Dah lama rasanya hantu hindustan ni tak layan filem Hindustan. Sobbss. Dah, sambung study atyn! Anyeong, irrebeun! Assalamualaikum.

Sunday, December 13, 2015

Fly High

Aku baru sedar, masa berlalu dengan kepantasan kapasiti tinggi tanpa tidak terlihatkan kewujudan masa yang berjalan. Setiap hari, ada hasilan kenangan yang mungkin tidak terulang. Tidak tertoleh lagi akan kejadian yang berlaku. Cantiknya aturan Allah tanpa kita sedar. Teruslah menghasilkan bait-bait memori yang baik dan boleh dibanggakan apabila di hadapan Tuhan nanti. Yang boleh menjadi kebanggaan sendiri di sana. Aku sedang memulakan langkah yang baru semula. Aku jatuh dan terngadah. Alhamdulillah, Allah masih bersama aku. Aku mengharapkan kali ini aku tidak perlu melangkah untuk ke berapa kali. Aku harap ini adalah langkahan akhir aku, tidak perlu melangkah lagi, lagi dan lagi. Jauhnya aku terpesong pergi tiada pengisian. Ya Allah, bantulah aku. Gembiranya aku tiap hari tiada menunjukkan sebarang kerunsingan it doesn't meant i'm fine. Pretending i'm okay eventhough i'm not. Banyaknya pahala bila menggembirakan hati orang. Allahu, mudahnya Allah nak bagi pahala pada kita. Terima kasih pada yang sentiasa bersama aku. Sentiasa mengingatkan aku jangan terlalu leka dan alpa. Sentiasa susah dan senang bersama aku. Syukur, Allah pertemukan aku dengan insan-insan yang baik. Aku bersyukur. I really meant it. Aku harap kita terus berpegang erat menuju ke syurga Allah. Grab the chances, atyn. You got time to do so. In sha Allah, dengan bantuan Allah you can do it. Esok ada test and presentation. Semoga Allah permudah. Assalamulaikum dan Selamat Malam.




May Allah easy me and upcoming days
Good days with good vibes are waiting for me, In sha Allah.
-atyn-


Sunday, November 22, 2015

Always Cuti.

Cuti gua dah habis. Ada ke student yang macam gua ni sibuk asyik nak cuti? Nanti next two week on Tuesday kita jumpa lagi wahai rumah manis rumah. Hari ni balik seorang, hopefully kereta tak buat hal smoothly drive sampai Segamat. Jangan jadi macam last week plish. Gua takut plus cuaca pon mendung harini. Andddd, a few days je lagi bulan Disember bakal menyusul. Uwaaa, cepatnya masa berlalu sedar tak sedar dah hampir nak final exam. Aduhh, duhh gawat weh. Okay, take a deep breath and u got time to study lagi tyn. For this sem, please no more repeat kesilapan yg lepas. More focus and serius for this time. You can do it, atyn. Bye, Sepang and Assalamualaikum Segamat! *semangat



Amboi, pemilik sexy queen ni. Sikit je lagi nak masuk dlm cermin.
Kohkoh. Bye!

Friday, November 20, 2015

Dana Untuk Rania. #prayforrania



Asslamualaikum semua sahabat yg budiman. Dalam saat kita tetidur lena, ketawa gembira, jangan pernah lupa akan orang yang dalam kesusahan. Sentiasa ingat tidak semua bernasib baik seperti kita.

Kisah adik Rania got attentioned from media but still dana yang diperlukan untuk pemindahan hati adik Rania bernilai RM250,000.00 masih tidak mencukupi. Fyi, her stomach getting bigger kesan daripada hati yang semakin membengkak. Sedihnya, adik sekecil Rania sudah merasa kesakitan jerit perih kesan pembedahan dan cucuk masuk air and etc, Allahuakbar, kuatnya adik. Doctor said, keadaan adik Rania semakin serius. Kata doktor lagi, sekiranya perlu mungkin perut adik Rania ditebuk untuk buang air dalam perut.

Adik Rania really need us. Never stop pray for her.
Untuk hulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

8602 3598 31 (CIMB)
AINIAZURA

#DanaUntukRania #DoakanRania #prayforrania#LiverTransplan #JomShare #spreadyourlove

*Her mother Aini is my coursemate in Diploma. And she really need our support and doa. 

I'm Trying.

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat penghulu segala hari.

Ya ampun, banyaknya kerja gua. Sampai tak tahu nak mula dari mana.. i'm doing nothing even dah stayed at home for 2 days. Need to settle all this things before leave for a week. Yup, almost a week leaving and now i'm not that excited since got things to do. Huhh, malasnya gua Allah sahaja yang tahu. Tolonggg and and you may freely call me anytime to give a hand. Selain banyak benda nak settle, banyak juga nak kena fikir. I got confused. Aku keliru ~ Aku keliru.. Allah, bantulah aku, permudahkan urusan aku. Kau maha mengetahui rasa hati ni. Kau lagi mengetahui rather than other. Sakit dan pedihnya hati ni. Bukakan jalan untukku seluas-luasnya. Selamat sore dan selamat menunaikan solat Jumaat!




Aaisyah, you're mine. I felt so happy whenever I see you.
Tytyn muah ciked!

Sunday, May 17, 2015

Hello, saya kembali!

I have a bad habits. This is one of them. Knows the final exam just around the corner but still creates a new blog. I'm just too bored. Missed my old blog. Tapi, biarkan blog lama yang punya cerita dan kenangan special tersendiri. Now, keep focussed to the new one. Yeah, this one. I'm not the new bie dalam dunia blog. I just feel that I have something to tell you the story, to share with. Twitter? No thanks. I have no twitter to tweet to. The simple situation no need to tell to everyone, gais. No need. K bai.


Still the same person. Nothing changes.